Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia, Pemuda PBB Kampung Melayu Roban anjur Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka
  • WILAYAH

Belia, Pemuda PBB Kampung Melayu Roban anjur Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka

Utusan Sarawak 2 hours ago
BELIA dan Pemuda PBB Kampung Melayu Roban mengadakan gotong-royong menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka yang dijadual bermula Sabtu ini. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Golongan belia dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Melayu Roban terus memperkasa aktiviti sukan di peringkat akar umbi apabila berganding bahu menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka yang dijadual bermula Sabtu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak muda, malah berperanan sebagai medium memperkukuh perpaduan dan menghindarkan golongan belia daripada terjebak dengan gejala sosial.

Menurut beliau, inisiatif murni itu turut disokong dengan usaha gotong-royong mengecat Gelanggang Sepak Takraw di Dewan Serbaguna Kampung Melayu Roban yang telah dibina dan dinaik taraf menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka.

“Dewan ini telah siap sepenuhnya dan kini digunakan secara aktif oleh belia serta masyarakat setempat untuk pelbagai program komuniti. 

“Dengan siapnya sambungan meter tiga fasa ke gelanggang baharu ini, kemudahan yang ada menjadi lebih sempurna untuk penganjuran aktiviti berskala lebih besar,” katanya.

BELIA dan Pemuda PBB Kampung Melayu Roban mengadakan gotong-royong menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala ADUN Kalaka yang dijadual bermula Sabtu ini. Foto ADUN Kalaka

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pemuda PBB Kampung Melayu Roban dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka itu menawarkan hadiah wang tunai serta medal kepada para pemenang. 

Johan bakal membawa pulang RM500 berserta pingat, naib johan menerima RM400 dan pingat, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memperoleh RM200 serta pingat.

Kejohanan tertutup DUN Kalaka dan jemputan itu terbuka kepada pasukan yang berminat, dan penyertaan boleh dibuat dengan menghubungi Azfarul di talian 014-5777795.

Mohamad Duri menegaskan komitmen beliau untuk terus memberi perhatian terhadap pembangunan golongan belia di kawasan DUN Kalaka melalui penyediaan infrastruktur dan prasarana sukan yang kondusif.

“Saya akan sentiasa memastikan golongan pemuda dan belia di kawasan ini mendapat kemudahan yang sewajarnya untuk menonjolkan bakat mereka. 

“Aktiviti sihat seperti ini amat penting dalam membentuk sahsiah diri serta membina masyarakat yang harmoni dan progresif,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pemuda Ranting Kampung Melayu Roban dan semua belia yang terlibat atas komitmen menjayakan penganjuran pertandingan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 23 KMKK terima sijil pelantikan baharu di DUN Marudi
Next: Projek RTP naik taraf Rumah Panjang Kampung Putat siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.