Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belia mesti diperkasa dengan ilmu, kemahiran hadapi dunia makin kompleks – PM Anwar
  • NASIONAL

Belia mesti diperkasa dengan ilmu, kemahiran hadapi dunia makin kompleks – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku Pelan Tindakan Pembangunan Belia pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan. Turut sama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari dan Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Golongan belia harus dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran, nilai, dan keyakinan bagi mendepani cabaran dunia yang semakin pantas berubah serta kompleks, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini, beliau berkata generasi muda pada masa kini merupakan lambang semangat, idealisme dan kekuatan dalam mencorakkan masa depan Malaysia.

“Saya percaya generasi muda hari ini memiliki keberanian untuk berfikir secara kritis, menyuarakan pandangan dengan matang serta membawa pembaharuan demi kemajuan negara.

“Kerajaan MADANI akan terus memperluas peluang dalam pendidikan, latihan, pekerjaan dan keusahawanan termasuk memperkukuh sokongan kepada pekerja gig serta usahawan muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 hari ini.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama ahli-ahli Rakan Muda selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 (HBN 2026) Peringkat Kebangsaan. Foto: Bernama

Perdana Menteri berkata penguasaan ilmu dan teknologi mesti diseimbangkan dengan prinsip, integriti serta kesedaran untuk membina sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing dan bermaruah.

Sebagai komitmen terhadap agenda pemerkasaan belia, Anwar turut mengumumkan tambahan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa gerakan dan pembangunan anak muda di seluruh negara.

“Saya yakin semangat, daya fikir dan tekad generasi muda akan menjadi kekuatan penting dalam mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih maju, adil dan dihormati,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: SPRM terus perkukuh kerjasama strategik dengan AGC – Abd Halim
Next: Tempat kerja tidak selamat jika pekerja alami lesu upaya – Lee Lam Thye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.