Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia main peranan penting dalam pentadbiran kampung
  • WILAYAH

Belia main peranan penting dalam pentadbiran kampung

Utusan Sarawak 3 years ago

SYABAS… Datuk Rubiah Wang menyampaikan sijil kepada anak muda Kampung Baru, Kota Samarahan kerana mengikuti program Gunting Rambut Percuma, ‘Unity Hair Cut’.

KOTA SAMARAHAN: Golongan belia tidak kurang pentingnya dalam pentadbiran di peringkat kampung masing-masing.

Pengerusi Lembaga Kraftangan Malaysia, yang juga mantan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, belia sememangnya berupaya melancarkan lagi perihal pentadbiran termasuk dalam urusan pembangunan dan ekonomi.

“Situasi ini akan memastikan kepimpinan kampung melaksanakan fungsi dan peranan mereka sebagai ejen pembangunan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program ‘Quality in Unity Berambeh’ di Dewan Serbaguna Kampung Baru, Kota Samarahan kelmarin.

Antara aktiviti yang diadakan bersempena program anjuran bersama One Stop Community (OSC) Daerah Samarahan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Samarahan itu adalah pertandingan futsal ‘Unity Cup’ yang disertai 19 pasukan, Gunting Rambut Percuma ‘Unity Hair Cut’ untuk pelajar sekolah, pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Samarahan serta Ceramah Agama dan persembahan Qasidah Buskers.

Datuk Rubiah memberitahu, program tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia dalam aktiviti yang bermanfaat serta memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan bakat dan potensi diri.

“Ia juga dapat mencorakkan minda positif, menyuntik semangat perpaduan dan memupuk kesedaran di samping mencetus semangat serta motivasi untuk anak muda bergiat aktif dalam aktiviti sihat, sekali gus menghindarkan mereka daripada terjebak dalam gejala sosial,” tegasnya.

Tambahnya, program seumpamanya juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap keperluan anak muda selain berusaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

Program berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada Usahawan Gunting Rambut dan Pemenang Pertandingan Futsal bagi kategori lelaki dan juga wanita.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an.

Continue Reading

Previous: Program Talk To Us singgah di Sungai Tenggang
Next: FSJA terima sumbangan RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.