Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia dan kanak-kanak tonggak kelestarian budaya kampung
  • TEMPATAN

Belia dan kanak-kanak tonggak kelestarian budaya kampung

Utusan Sarawak 10 hours ago
SIMBOLIK… Datuk Rosey Yunus bersama Kapitan Kuan memotong kuih bulan simbolik perasmian Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran JKKK Kampung Lumut di sini malam tadi.

BEKENU: Penglibatan golongan belia dalam setiap program kebudayaan di peringkat kampung amat penting dan perlu diberi keutamaan bagi memastikan warisan budaya terus dipelihara serta tidak pupus ditelan zaman.

Selain itu, penyertaan kanak-kanak juga wajar digalakkan bagi memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap budaya sejak usia muda, sekali gus menyemarakkan suasana dalam setiap program yang dianjurkan di komuniti masing-masing.

BUDAYA… Datuk Rosey Yunus turut tidak ketinggalan untuk menyalakan lilin ‘tanglung’ dan membawa ‘tanglung’ berjalan di sekitar kampung malam tadi.

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata demikian pada ucapan beliau di Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Lumut di sini malam tadi.

Katanya, sambutan Perayaan Kuih Bulan masyarakat Tiong Hua di kawasan luar bandar berlangsung dengan sederhana meriah dan melambangkan perpaduan apabila pelbagai lapisan masyarakat turut serta meraikannya.

“Acara tradisi ini bukan sahaja menonjolkan keunikan budaya Tiong Hua, tetapi juga menjadi wadah memperkukuh hubungan antara kaum melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan secara bersama.

TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menerima cenderahati berupakan Kuih Bulan dan lima daripada Kapitan Kuan.

“Penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti memotong kuih bulan, pemasangan ‘tanglung’ dan nikmati jamuan beramai-ramai hasil masakkan secara gotong royong,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu sekali lagi menegaskan penyertaan aktif generasi muda mampu menghasilkan nilai-nilai tradisi dan semangat kekitaan dapat terus dipupuk dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Justeru, sambutan seperti ini diharap dapat diteruskan setiap tahun sebagai simbol keharmonian masyarakat majmuk di luar bandar serta memperkukuh semangat perpaduan nasional, ujarnya lagi.

Turut hadir Pegawai Tadbir Daerah Subis Fauziliana Osman (wakil Pegawai Daerah Subis), Penghulu Choo Chong Yee, Kapitan Tan Teck Lim dan Kapitan Kuan.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 45 guru tamat Kursus Kejurulatihan Atletik Dunia Tahap 1 di Sibu
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah raikan 100 penerima bantuan Majlis Sumbangan Tautan Kasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.