Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia bukan sekadar pemimpin masa depan, tetapi penggerak masa kini
  • Selatan
  • WILAYAH

Belia bukan sekadar pemimpin masa depan, tetapi penggerak masa kini

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUCHING: Pertiwi Progresif dengan kerjasama Festival What About Kuching (WAK 2025) menganjurkan program inspirasi bertajuk ‘Not Just the Future: Youth Are Here Now!’ bagi memperkasakan suara dan kepimpinan belia dalam ruang dasar awam serta komuniti.

Acara tersebut berlangsung hari ini di Muzium Budaya Borneo dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dengan kemasukan percuma namun terhad kepada 50 peserta.

Tiga panelis tersohor, iaitu Melvin Jangga, Sulie Abell dan Dr Jawing Chunggat telah dijemput berkongsi pandangan serta pengalaman mereka mengenai peranan belia dalam kepimpinan, penglibatan sivik dan impak sosial masa kini.

Menurut wakil Pertiwi Progresif, program ini mencerminkan keyakinan bahawa golongan muda bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi merupakan pemangkin perubahan pada masa sekarang.

“Dengan menyediakan platform seperti ini, kami memastikan suara belia turut didengari dan berperanan dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada masyarakat hari ini,” katanya melalui sebuah kenyataan media, hari ini.

Inisiatif ini turut menjadi sebahagian daripada komitmen WAK 2025 untuk meraikan seni, budaya dan gaya hidup di Kuching, di samping memperkukuh dialog sivik serta penyertaan generasi muda dalam pembangunan masyarakat.

Pertiwi Progresif merupakan inisiatif yang digerakkan oleh anak muda untuk memperkukuh keterlibatan sivik, memperkasa kepimpinan belia dan membina komuniti yang inklusif serta berdaya tahan melalui kolaborasi dan program berteraskan masyarakat.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Semangat keprihatinan, perpaduan warnai Malam Irama Country dan Barat 2025
Next: Komeng dominasi perlumbaan, bawa pulang RM20,000 hadiah utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.