Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Beli tiket loteri haram, pengusaha gerai makan didenda RM1,000
  • MAHKAMAH

Beli tiket loteri haram, pengusaha gerai makan didenda RM1,000

Utusan Sarawak 1 day ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Seorang pengusaha gerai makan dikenakan denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membeli tiket loteri awam haram.

Ting Tung Shin, 45, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Berdasarkan pertuduhan, Ting didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah gerai Pusat Penjaja Sungai Antu pada 6 Julai 2025, lebih kurang 11.40 pagi dengan menggunakan sebuah telefon bimbit jenama Huawei.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 6 Julai 2025 sekitar 11.40 pagi, sepasukan polis diketuai oleh pengadu telah menahan tertuduh di sebuah gerai di Pusat Penjaja Sungai Antu.

Turut dirampas daripada tertuduh ialah telefon bimbit jenama Huawei serta wang tunai RM780, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penjualan tiket loteri awam haram.

Siasatan mendapati telefon bimbit itu mempunyai aplikasi yang digunakan untuk operasi pertaruhan tiket loteri empat angka secara haram.

Ting dibebaskan setelah membayar denda yang dikenakan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dokumen tambahan: Mahkamah persekutuan tangguh keputusan berhubung rayuan AG
Next: Kes bunuh Cyberjaya: dua individu didakwa esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.