Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belanjawan Sarawak 2026 fokus kebajikan, pendidikan dan pembangunan
  • TEMPATAN

Belanjawan Sarawak 2026 fokus kebajikan, pendidikan dan pembangunan

Utusan Sarawak 3 hours ago

Majlis Apresiasi UNIFOR yang diiadakan dekat sini, malam semalam. Foto: Sarawakku

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2026 dilihat sebagai cerminan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan kebajikan rakyat, meningkatkan akses pendidikan dan mempercepat agenda pembangunan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Berucap pada Majlis Apresiasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di sini malam semalam, Uggah berkata belanjawan yang dibentangkan Premier Sarawak itu menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan, termasuk melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersamaan dua bulan bonus kepada penjawat awam negeri bulan ini.

Menurutnya, sebanyak RM665 juta diperuntukkan bagi sektor pendidikan dan pembangunan bakat, langkah yang disifatkan penting untuk memperkasakan generasi muda Sarawak agar lebih berdaya saing serta bersedia menghadapi keperluan pekerjaan baharu.

“Belanjawan ini juga mengambil kira tekanan kos sara hidup apabila Premier mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) berjumlah RM640 juta bagi membantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Uggah turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri menekankan aspek pembangunan luar bandar menerusi anggaran perbelanjaan pembangunan berjumlah RM9.3 bilion, dengan RM6.1 bilion atau 66 peratus disalurkan khusus untuk projek infrastruktur di kawasan luar bandar.

Katanya, komitmen itu bertujuan memastikan kampung, rumah panjang dan penempatan di seluruh negeri dihubungkan melalui jaringan jalan raya yang lebih baik demi merapatkan jurang pembangunan.

Pendekatan tersebut, jelasnya, selari dengan dasar keterangkuman kerajaan negeri yang menekankan bahawa tiada komuniti harus tercicir dalam usaha mencapai kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Terdahulu, Majlis Apresiasi UNIFOR itu telah dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Komitmen GPS perkukuh keharmonian agama melalui pelaksanaan projek UNIFOR
Next: Datuk Ngu gesa kerajaan Sarawak kaji semula yuran FWTA yang tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.