Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belanjawan 2026 seiring dengan pelaksanaan tahun pertama RMK13 – PM Anwar
  • NASIONAL

Belanjawan 2026 seiring dengan pelaksanaan tahun pertama RMK13 – PM Anwar

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu para pengamal media selepas hadir pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Belanjawan 2026 akan diselaraskan dengan pelaksanaan inisiatif tahun pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk memastikan hala tuju pembangunan negara bergerak seiring dengan kerangka dasar jangka masa sederhana yang telah dilancarkan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2026 akan menekankan dua aspek utama iaitu usaha menaikkan siling untuk memacu pertumbuhan dan pelaburan strategik, serta menaikkan lantai demi menjamin kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kita telah lancarkan Rancangan Malaysia ke-13, jadi Belanjawan 2026 mesti selari dengan pelaksanaan tahun pertama RMK13. Pelaksanaan ini harus berlandaskan hasrat kerangka besar RMK13 yang menekankan siling dan lantai yang harus dinaikkan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Belanjawan 2026 di sini hari ini.

Menurut Takwim Parlimen, Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini.

Menaikkan siling merujuk kepada strategi mempertingkatkan potensi dan daya saing negara melalui pelaburan dalam inovasi, teknologi serta pembangunan bakat, manakala menaikkan lantai pula bermaksud memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas kerajaan seperti pendidikan dan kesihatan agar tiada golongan yang tercicir.

Anwar berkata pendekatan menaikkan siling akan terus merangsang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, manakala menaikkan lantai memberi jaminan bahawa perkhidmatan asas kepada rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan pendapatan minimum ditingkatkan, selari dengan agenda reformasi yang dibawa kerajaan.

Pendekatan tersebut merupakan antara strategi utama di bawah kerangka Ekonomi MADANI yang digariskan kerajaan untuk membangunkan negara secara seimbang dan inklusif. — Bernama

Continue Reading

Previous: Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada – MOF
Next: PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Kemboja, Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.