Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Belanjawan 2026: Kerajaan perluas bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5
  • PENDIDIKAN

Belanjawan 2026: Kerajaan perluas bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEMUA 5.2 juta murid sekolah kerajaan pula akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan RM180 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada pada masa ini, bantuan tersebut hanya diberikan kepada murid miskin sehingga tingkatan tiga. 

“Semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan pula akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.

“Mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini. 

Menjelas lanjut, Anwar berkata Kementerian Pendidikan menerima peruntukan berjumlah RM66.2 bilion berbanding RM64.2 bilion tahun ini dengan mutu prasarana sekolah kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

Beliau berkata hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak, selain membaik pulih serta menyelenggara semua jenis sekolah termasuk kemudahan murid dan bilik guru.

Katanya 38 sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat selain pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada.

Menurut Perdana Menteri, RM100 juta disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi

“Sebanyak 350 kelas prasekolah baharu juga dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan lebih RM100 juta bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah,” katanya. 

Selari dengan tuntutan literasi digital, Anwar berkata televisyen pintar akan dibekalkan kepada 10,800 kelas prasekolah, taska dan tabika seluruh negara dengan kos RM70 juta.

 “Kerajaan juga berikrar untuk terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa dengan membina dua sekolah pendidikan khas baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Kota Damansara di Selangor dan SMK Pendidikan Khas Pasir Mas di Kelantan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata 150,000 murid Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima elaun RM150 sebulan dengan peruntukan RM270 juta serta RM30 juta diperuntukkan bagi menambah baik kemudahan dan peralatan sekolah supaya mesra OKU.

Bagi menangani isu keciciran pendidikan, katanya, Program Anak Kita dengan kerjasama Yayasan Hasanah juga dilaksanakan dengan peruntukan RM30 juta.

“Selaras penekanan Rancanagan Malaysia Ke-13 kepada latihan dalam perkhidmatan, RM115 juta diperuntukkan bagi membekalkan guru dengan latihan persediaan kurikulum 2027 dan latihan pedagogi STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sembilan pelajar DUN Tamin terima bantuan pendidikan RM500 seorang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.