Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Belanjawan 2026: Felda, Risda dan Felcra terima peruntukan hampir RM2.4 bilion
  • NASIONAL

Belanjawan 2026: Felda, Risda dan Felcra terima peruntukan hampir RM2.4 bilion

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) menerima peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion menerusi Belanjawan 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat berkata ini bakal melindungi lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil serta keluarga mereka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing dan menggalakkan inovasi tempatan, peruntukan sebanyak RM20 juta disediakan bagi menyokong syarikat pemula niaga mengeluarkan produk mekanisasi dan automasi dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan syarikat utama sawit.

“Kerajaan membela nasib pekebun kecil yang memerah keringat, membanting tulang mencari rezeki di ladang dengan peruntukan hampir RM120 juta ringgit.

“RM50 juta ringgit turut disediakan untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara,” kata beliau.

Anwar turut mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan membangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dengan kos 600 juta ringgit demi kemampanan masa depan industri.- Bernama

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026: Subsidi pertanian berjumlah RM2.62 bilion, tertinggi dalam sejarah
Next: Duti eksais rokok naik 2 sen, alkohol 10 peratus mulaI 1 Nov 2025 – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.