Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belanjawan 2023 (Pendidikan): Roland bersyukur berbaur kecewa peruntukan terlalu sedikit
  • TEMPATAN

Belanjawan 2023 (Pendidikan): Roland bersyukur berbaur kecewa peruntukan terlalu sedikit

Utusan Sarawak 2 years ago

UNTUK KENANGAN… Datuk Roland SAGAH Wee Inn merakam gambar bersama penerima cek Bantuan Dana Kepada Sekolah-sekolah Mubaligh Sarawak 2022 (Anglican-Diocese Of Kuching) di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

KUCHING: Bersyukur namun kecewa dengan jumlah peruntukan yang terlalu sedikit diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pendidikan di Sarawak dalam Belanjawan 2023.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn, terdapat  lebih 1,000 sekolah di Sarawak termasuk sekolah daif.

“Jadi, peruntukan ini terlalu sedikit. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana ada peruntukan yang dibuat untuknya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana Kepada Sekolah-sekolah Mubaligh Sarawak 2022 (Anglican-Diocese Of Kuching) di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, bagaimanapun,  Sagah juga berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan lebih besar pada masa akan datang.

“Saya rasa Sarawak patut mendapatnya, daripada apa yang kita sumbangkan kepada tabung Persekutuan. Kita patut diberi lebih peruntukan,” katanya.

Katanya lagi, apabila Malaysia dibentuk, negeri kurang membangun seperti Sarawak sepatutnya dibantu oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita tidak setanding dengan status Semenanjung.  Saya rasa peruntukan ini tidak adil dan tak saksama.  Tetapi, kami berharap kerajaan akan membetulkan semua ini dan menjadikan Sarawak setanding antara satu sama lain.  

“Memandangkan kita bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, marilah kita bersatu untuk membangunkan semua orang di Malaysia. Jadi, kita harus mempunyai bahagian yang saksama dan apa yang sepatutnya menjadi hak orang Sarawak,” katanya lagi.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat anak-anak.

Ia meliputi peruntukan RM 920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan. Sebanyak tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM 560 juta termasuk SK Paya Dusun, Terengganu, SMK Denai Alam, Selangor, SMK Nabalu, Sabah dan SMK Dudong, Sarawak.

Pada majlis tersebut, sejumlah RM 5.9 juta cek telah diagihkan kepada  49 sekolah menengah dan sekolah rendah Anglican di seluruh Sarawak.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Mangsa tanah runtuh bimbang kejadian berulang sebab hujan
Next: Tiga pasang kembar hadapi ragam berbeza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.