Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belanja lebih RM1,000 untuk keperluan sekolah lima anak
  • Utara
  • WILAYAH

Belanja lebih RM1,000 untuk keperluan sekolah lima anak

Utusan Sarawak 17 hours ago
CUBA…Suliyanti Simpol sedang  memakaikan kasut sekolah pada anak kembarnya Syazwan Farwizah semasa membeli barang keperluan sekolah di pasar raya Hari-Hari di Miri hari ini.

MIRI: Perbelanjaan melebihi RM1,000 terpaksa dikeluarkan oleh sebuah keluarga bagi menyediakan keperluan persekolahan lima anak yang masih bersekolah bagi sesi persekolahan tahun ini.

Ibu kepada lima anak, Suliyanti Simpol, berkata kos tersebut melibatkan pembelian pakaian seragam, kasut, beg sekolah, alat tulis serta keperluan asas lain yang perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula.

Menurutnya, kesemua anaknya masih menuntut di pelbagai peringkat pendidikan iaitu anak sulung di Tingkatan 1, dua anak kembar berusia sembilan tahun di Tahun 3 serta dua anak kembar lagi yang masih berada di peringkat tadika.

“Perbelanjaan memang agak tinggi kerana semua anak masih bersekolah. Namun saya bersyukur kerana menerima bantuan sebanyak RM500 yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan keluarga,” katanya.

Suliyanti berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada majlis penyerahan Baucar Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI): Fokus Pendidikan bagi 2026 yang berlangsung di pasar raya Hari-Hari Cawangan Senadin, di sini, hari ini.

Menerusi inisiatif tersebut, setiap penerima menerima baucar Pasaraya Hari-Hari bernilai RM500 yang boleh ditebus bagi pembelian keperluan persekolahan.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas inisiatif bantuan persekolahan yang disifatkan amat membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya keluarga besar seperti beliau.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat membantu kami membuat persiapan sekolah anak-anak dengan lebih teratur,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: APM Sri Aman tingkat rondaan pantau risiko banjir, penduduk dinasihat waspada
Next: ADUN Jepak salur lebih 50 bakul makanan kepada tiga rumah panjang terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.