BEKENU: Sehari sebelum penguatkuasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) didapati ramai keluar pekan untuk urusan masing-masing semalam.
Tinjauan Utusan Sarawak di sini mendapati banyak premis telah dibuka beroperasi semula dan kenderaan juga banyak umpama PKP sudah tamat.
Di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bekenu sebelum ini penjaja kuih muih jarang beroperasi, namun semalam didapati hampir kesemua gerai kuih muih sudah beroperasi dan mendapat sambutan ramai.
Premis makanan dan minuman, bengkel kereta, perabot dan kedai peralatan untuk pelbagai perkakas didapati beroperasi mengikuti prosedur operasi standard (SOP).
Namun begitu, hanya kelihatan segelintir gelagat warga emas masih ada di pekan dan kanak-kanak masih tidak kelihatan setakat ini.
Selain itu, terdapat juga ramai remaja bermotosikal bunyi yang bising di sekitar pekan yang seakan PKP sudah tamat.