KUCHING: Seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dari 1994 hingga 2008 telah terkandas selama tujuh bulan di Victoria Island di Brawel Jetty di Lagos, Nigeria.
Akibat daripada ini, Selvan Egamparam mengalami kemurungan dan hilang berat badan serta tidak dapat makan dan tidur.
Selvan yang berumur 47 tahun dan berasal dari Kedah berkahwin pada bulan Ogos tahun lepas kembali ke Lagos pada Disember untuk bekerja sebagai jurutera elektrik luar pesisiran.
Selvan tidak dapat balik ke tanahair sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana dia mempunyai tugasan projek di atas kapal pesisir di Angola.
Kontrak pekerjaannya tamat pada Februari tahun ini tetapi kerajaan Angola telah menutup sempadan mereka akibat pandemik Covid-19 dan ini menyebabkan dia gagal untuk pulang ke tanahair.
“Saya dan rakan saya disuruh belayar balik ke Nigeria dan sejak itu, kami terkandas selama tujuh bulan di dalam kapal pesisir kami,” katanya.
Walaupun telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nigeria, Selvan berkata dia berasa tidak ada harapan kerana bantuan tidak kesampaian sehingga hari ini.
Selvan berkata dia teringin sangat untuk pulang ke pangkuan keluarganya dan risau dengan keluarganya apabila melihat warganegara lain dapat pulang ke negara mereka.
Dia meminta Utusan Sarawak supaya memberitahu pihak berkuasa bahawa dia adalah salah seorang yang terkandas di sana.
Selain dari Selvan, 30 warganegara Malaysian yang lain termasuk 10 warga Sarawak juga terkandas di Nigeria.
Salah seorang daripada ini adalah jututera pemeriksaan dasar laut, Malcolm Goh yang telah meminta bantuan menerusi laman Facebook.
Kementerian Luar Negeri telah menerima maklum balas kesukaran yang dihadapi oleh warganegara Malaysia ini dan sedang berbincang dengan kerajaan Nigeria untuk membawa mereka pulang.
Oleh Connie Chieng