Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas staf TV berbayar pengsan hadapi 743 pertuduhan ubah data akaun pelanggan
  • MAHKAMAH

Bekas staf TV berbayar pengsan hadapi 743 pertuduhan ubah data akaun pelanggan

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, tertuduh Nora Idayu Jaafar, 48, yang ketika itu bertugas di Astro, tiba-tiba rebah dan pengsan di dalam kandang tertuduh semasa pertuduhan ke-30 dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 26 Jun untuk menyambung prosiding bagi meneruskan baki 713 pertuduhan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Bagi 30 pertuduhan pertama, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar 30 akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat, yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di sini mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Imuniti PM: Mahkamah tolak permohonan Anwar rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan
Next: Lelaki akui lupus barang curi, dipenjara 12 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.