Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah
  • JENAYAH

Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan rasuah

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEKAS setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah. Perintah reman hingga 16 Feb ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya. Siasatan akan dijalankan membabitkan dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Perintah reman hingga 16 Februari ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan  daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Siasatan akan dijalankan membabitkan dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditahan pada 2.00 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit antara Februari hingga November 2021.

Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli seunit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya kira-kira 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: Polis Sarikei tumpas tiga suspek pengedar dadah dalam Op Tapis
Next: Polis Bau rekod tiga kes berasingan, termasuk judi dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.