Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Bekas ratu cantik Malaysia Harveen Kaur cipta rekod dunia pendakian
  • INSPIRASI

Bekas ratu cantik Malaysia Harveen Kaur cipta rekod dunia pendakian

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENDAKIAN…Mrs Malaysia World 2017, Datin Harveen Kaur sekali lagi mencatat nama dalam Malaysia Book of Records selepas kejayaannya melengkapkan dua pendakian berturut-turut ke Kem Induk Everest dan Island Peak dalam ekspedisi solo Himalaya. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Mrs Malaysia World 2017 Datin Harveen Kaur sekali lagi mencatat nama dalam Malaysia Book of Records selepas kejayaannya melengkapkan dua pendakian berturut-turut ke Kem Induk Everest dan Island Peak dalam ekspedisi solo Himalaya.

Harveen Kaur berkata beliau tiba di Kem Induk Everest pada 16 Mei 2025, sebelum menawan Island Peak yang juga dikenali sebagai Imja Tse, pada 20 Mei.

Pada 7 Ogos lepas Malaysia Book of Records telah mengiktiraf beliau sebagai “ratu cantik pertama menawan Kem Induk Everest dan Island Peak secara berturut-turut”. 

Kem Induk Everest (5,364 meter) yang terletak di kawasan Khumbu, Nepal, merupakan pintu masuk utama bagi pendaki yang ingin menawan Gunung Everest, manakala Island Peak (6,189 meter) yang berdekatan dan terletak di Lembah Imja, merupakan antara puncak popular dalam kalangan pendaki.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua dicatatkan oleh Harveen Kaur. Pada September 2023, beliau menjadi ratu cantik pertama menawan Gunung Kilimanjaro di Afrika setinggi 5,895  meter. 

Aktiviti pendakian juga telah membawa Harveen Kaur ke Mera Peak (6,476 meter) di Nepal, yang ditawan pada 11 April 2024, namun ekspedisi tersebut telah menyebabkan beliau kehilangan jari tengah akibat luka beku

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Harveen Kaur turut menggesa rakyat Malaysia terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa juga yang mereka lakukan sekali gus mengharumkan nama negara di mata dunia.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Temu ramah eksklusif: Dr. Anna Sue, dari dunia akademik ke pentas warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.