Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Presiden Syria tiba di Moscow bersama keluarga, Russia tawar suaka
  • GLOBAL

Bekas Presiden Syria tiba di Moscow bersama keluarga, Russia tawar suaka

Utusan Sarawak 5 months ago

Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad kiri bersama Presiden Russia, Vladimir Putin

ISTANBUL: Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad bersama keluarganya tiba di Moscow pada Ahad selepas Rusia menawarkan suaka kepada mereka, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Rusia. 

“Assad dan ahli keluarganya telah tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia telah memberikan suaka kepada mereka. 

“Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin.

Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria. 

Pergolakan kembali tercetus pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Dalam tempoh 10 hari, pasukan pembangkang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai ibu negara Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara. 

— BERNAMA-AA 

Continue Reading

Previous: Pemerintahan regim Baath di Syria selama 61 tahun tumbang
Next: 2024, tahun paling panas pernah di rekodkan Pemantau EU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.