Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Presiden Mexico dituduh terima rasuah
  • GLOBAL

Bekas Presiden Mexico dituduh terima rasuah

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN Enrique Pena Nieto.

MEXICO CITY: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat minyak Mexico, Pemex, berkata pada Selasa bekas Presiden Enrique Pena Nieto menerima rasuah dari syarikat gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht serta memberi suapan kepada ahli politik Emilio Lozoya.

Perkara itu didedahkan Lozoya di pejabat peguam negara. Beliau kini ditahan kerana terlibat dengan skandal rasuah. 

Dalam mesej video, Peguam Negara Alejandro Gertz Manero berkata, menurut Lozoya, kedua-dua Pena Nieto dan bekas Menteri Kewangan Luis Videgaray turut terbabit dalam skandal itu, menggunakan sebahagian duit untuk membeli undi kongres bagi mendapatkan kelulusan rang undang-undang pembaharuan tenaga, yang pernah mencetuskan kontroversi.

Lozoya baru-baru ini diserahkan kepada Mexico oleh Sepanyol untuk dibicarakan atas tuduhan menerima suapan AS$10.5 juta dari Odebrecht antara 2012 dan 2014.

Sebanyak 4.4 juta dolar AS digunakan untuk membayar perunding politik asing bagi membantu kempen pilihan raya Nieto pada 2012, kata Lozoya.

Lozoya turut menyerahkan resit, rakaman video dan empat saksi untuk menyokong tuduhannya itu, kata Manero, sambil menambah pihak berkuasa merancang meneliti bukti itu.

Lozoya, menerajui Pemex pada 2012-2016 dan ditahan di Sepanyol pada Februari sebelum dihantar pulang ke Mexico awal bulan ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pertempuran bersenjata di Mogadishu ragut 11 nyawa
Next: BANJIR RAGUT 172 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.