Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Presiden Mauritania dipenjara 15 tahun
  • GLOBAL

Bekas Presiden Mauritania dipenjara 15 tahun

Utusan Sarawak 8 hours ago
BEKAS Presiden Mauritania, Mohamed Ould Abdel Aziz disabitkan bersalah atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan. Aziz, yang memimpin negara Afrika barat itu dari 2008 hingga 2019, telah merayu hukuman asalnya selama lima tahun selepas sabitan pada 2023 menggunakan kuasanya untuk mengumpul kekayaan. FOTO AFP

KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mauritania telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Presiden Mohamed Ould Abdel Aziz dalam kes rasuah, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut Sahara Media, pada Disember 2023, Abdel Aziz dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pengayaan secara haram. Beliau kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada Rabu, satu sesi pendengaran mahkamah rayuan telah diadakan melibatkan kes Abdel Aziz dan beberapa pembantunya.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap menantu lelaki bekas presiden itu, menurut portal berita berkenaan, sambil menambah bahawa pasukan pembelaan Abdel Aziz dijangka akan membawa kes itu ke Mahkamah Agung.

Mohamed Ould Abdel Aziz memegang jawatan Presiden Mauritania dari 2009 hingga 2019. Siasatan terhadap beliau bermula pada 2020.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Putin tidak hadir rundingan damai Ukraine di Istanbul
Next: Upacara bajak tradisional warnai musim penanaman padi di Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.