Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Presiden AS, Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun
  • GLOBAL

Bekas Presiden AS, Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun

Utusan Sarawak 4 months ago

Carter semasa sihat dan sakit pada tahun lalu.

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun, demikian menurut yayasannya semalam.

Sepanjang hayatnya, mendiang pernah menerima Anugerah Nobel Keamanan dan memimpin AS dari tahun 1977 hingga 1981.

Carter yang tidak mampu lagi bergerak, berada dalam penjagaan sejak pertengahan Februari 2023 di rumahnya di bandar kecil tempat beliau dilahirkan, Plains dalam negeri Georgia. 

Mendiang mengusahakan tanaman kacang sebelum menjadi Gabenor Georgia dan bertanding untuk kerusi White House.

“Carter menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Plains dan dikelilingi oleh ahli keluarga,” kata yayasan Pusat Carter dalam satu kenyataan.

Carter juga ialah bekas presiden AS yang paling lama hidup walaupun pada 2015 Parti Demokrat mendedahkan beliau menghidap kanser otak.

Sepanjang memegang jawatan Presiden AS selama satu penggal, Carter meletakkan komitmen kepada hak asasi manusia dan keadilan sosial. 

Beliau  menikmati dua tahun pertama yang kukuh termasuk menjadi pengantara damai antara Israel dan Mesir sehingga membawa kepada  Perjanjian Kem David. 

Carter meninggalkan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.  

Isteri Carter selama 77 tahun, Rosalynn meninggal dunia pada 19 November 2023 pada usia 96 tahun. – AFP

Continue Reading

Previous: Juruterbang sempat lapor pelanggaran burung sebelum nahas
Next: Terowong lebuh raya terpanjang dunia selesai dikorek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.