
ISTANBUL: Bekas Presiden Algeria Liamine Zeroual meninggal dunia pada usia 85 tahun, menurut kepresidenan Algeria hari ini, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut satu kenyataan, Zeroual telah lama bertarung dengan penyakit dan menerima rawatan di Hospital Tentera Mohamed Seghir Nekkache.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital.
Zeroual berkhidmat sebagai presiden dari 1994 hingga 1999.
-Bernama