Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia
  • SEMASA

Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
BEKAS Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia pada 2.00 petang hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi kesihatan pada usia 71 tahun.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia pada 2.00 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi kesihatan pada usia 71 tahun.

Anak ketiga Allahyarham, Aleena Fatin berkata bapanya dilaporkan mengalami serangan jantung pada Selasa lepas sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

“Pada Selasa, ayah mengalami serangan jantung dan telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Putrajaya. Petang itu dimasukkan ke High Dependency Unit. 

“Hari ini pada 10.00 pagi, doktor mengarahkan kami untuk refer (rujuk)beliau ke IJN, namun semasa dalam perjalanan beliau sekali lagi mengalami serangan jantung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Aleena Fatin turut memaklumkan setibanya di IJN, Allahyarham diberikan bantuan pernafasan (CPR) dan disahkan meninggal dunia pada 2.00 petang tadi.

Sementara itu, SPR dalam hantaran di laman X menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, bekas Pengerusi SPR. 

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pengerusi SPR dari 2016 hingga 2018, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain jawatan terakhir sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sementara itu, Aleena Fatin turut memaklumkan solat jenazah akan diadakan di Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya selepas solat maghrib, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya selepas solat isyak.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz – PM Anwar  
Next: Pelantikan pegawai sebagai pengarah imigresen negeri suntik semangat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.