Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas Pengerusi JKKK didenda RM50,000 seleweng wang pampasan tanah
  • MAHKAMAH

Bekas Pengerusi JKKK didenda RM50,000 seleweng wang pampasan tanah

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

BINTULU: Seorang bekas pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dijatuhi hukuman denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini selepas didapati bersalah menyeleweng wang pampasan pengambilalihan tanah komuniti enam tahun lalu.

Tertuduh berusia 68 tahun itu turut berdepan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim Steve Ritikos menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melibatkan dana berjumlah RM155,820 yang sepatutnya diagihkan kepada komuniti Kampung Melayu Tubau, Sebauh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyalahgunakan wang pampasan yang diserahkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bintulu pada 11 Mac 2019 berhubung pengambilalihan tanah Rezab Komunal Bumiputera di sekitar Batang Kemena bagi tujuan pembesaran kampung tersebut.

Kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan JKKK dan penduduk kampung, menyebabkan wang berkenaan tidak pernah diagihkan sehingga akhir 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yong Ann Nee, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Firdaus.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan jaminan denda RM20,000 sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Lelaki didakwa bunuh gelandangan di Sibu, sebutan semula kes pada 3 Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.