Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bekas pengendali Benfica, Jorge Jesus ganti Martinez sebagai ketua jurulatih Portugal
  • SUKAN

Bekas pengendali Benfica, Jorge Jesus ganti Martinez sebagai ketua jurulatih Portugal

Utusan Sarawak 4 hours ago
JORGE Jesus dijangka ambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Portugal bagi menggantikan Roberto Martinez selepas Piala Dunia FIFA 2026.

LISBON: Bekas pengendali Benfica, Jorge Jesus dijangka mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Portugal selepas pasukan itu tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2026, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Media Portugal melaporkan pengendali berusia 71 tahun itu mencapai persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal dalam satu pertemuan di Lisbon pada Khamis.

Jesus sebelum ini membimbing Al-Nassr — kelab yang dianggotai bintang sensasi Cristiano Ronaldo — menjulang kejuaraan Liga Arab Saudi.

Sama ada Ronaldo yang kini berusia 41 tahun akan meneruskan karier bersama pasukan kebangsaan masih belum dapat dipastikan susulan kekalahan 0-1 kepada Sepanyol pada pusingan 16 terbaik.

Jesus menggantikan Roberto Martinez yang meletakkan jawatan selepas Portugal tersingkir daripada kejohanan itu.

Martinez memegang jawatan berkenaan selama tiga tahun setengah dan membimbing Portugal muncul juara Liga Negara-Negara UEFA 2025.

Persatuan itu dijangka memperkenalkan Jesus secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu pada Jumaat.

Anak kelahiran Amadora, pinggir bandar Lisbon itu telah menandatangani kontrak sehingga 2030.

Jika tiada sebarang halangan yang tidak dijangka, beliau dijangka membimbing Portugal pada Piala Dunia 2030, yang dianjurkan bersama oleh Portugal, Sepanyol dan Maghribi, selain Uruguay, Argentina serta Paraguay.

Jesus merupakan antara jurulatih Portugal paling berjaya dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dengan kejayaan paling cemerlang dicapainya bersama Benfica apabila membimbing kelab itu merangkul tiga kejuaraan liga.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Dani Olmo: Sepanyol fokus tumpaskan Belgium
Next: MSN sasar 70 peratus atlet naik podium di Sukan SEA 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.