Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekas penerbit drama RTM Abd Aziz meninggal dunia
  • SEMASA

Bekas penerbit drama RTM Abd Aziz meninggal dunia

Utusan Sarawak 1 day ago
BEKAS pengarah televisyen dan penerbit drama veteran, Abd Aziz Abas, yang lebih dikenali dengan nama pena Adly Azamin, meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah televisyen dan penerbit drama veteran, Abd Aziz Abas, yang lebih dikenali dengan nama pena Adly Azamin, meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.

Ahli Majlis Pentadbiran Biro Ekonomi Persatuan Veteran RTM Kartini Abdul Rahman berkata Allahyarham merupakan individu berpengalaman yang banyak menyumbang kepada industri penyiaran negara sepanjang perkhidmatannya di RTM.

“Saya bekerja lama dengan beliau di bahagian drama TV. Bagi saya beliau seorang bos yang sangat baik dan pemimpin yang dihormati.

“Jasa beliau kepada RTM memang tidak boleh dipersoalkan kerana Allahyarham merupakan antara orang lama yang banyak menyumbang kepada pembangunan penyiaran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sebelum zuhur hari ini.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.7 landa Lebong di Sumatera, Indonesia
Next: SKAS terus bantu rakyat Sarawak hadapi kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.