Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekas pelajar TLC Class of 1974/75 raikan ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di Kuching
  • TEMPATAN

Bekas pelajar TLC Class of 1974/75 raikan ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM KENANGAN… Bekas pelajar Tanjong Lobang College (TLC) Class of 1974/75, yang kini dikenali sebagai Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, pada majlis ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di sebuah hotel di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Suasana meriah serta dipenuhi gelak tawa menyambut kehadiran bekas pelajar Tanjong Lobang College (TLC) Class of 1974/75, yang kini dikenali sebagai Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, pada majlis ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

UCAPAN… Pengerusi Penganjur, Kasim Gani menyampaikan ucapan.

Pengerusi Penganjur, Kasim Gani, membuka majlis yang bertemakan ‘Persahabatan Abadi’ dengan ucapan yang mencuit hati para bekas pelajar.

“Lima puluh tahun sik berasa. Tengok muka semua orang yang hadir, TL spirit masih hidup, walaupun rambut ada yang makin kurang,” katanya, disambut gelak santai rakan-rakan lama.

BEKAS pelajar turut mengadakan persembahan.

Menurutnya, majlis itu bertujuan untuk mempertemukan semula bekas pelajar kolej tahun tersebut, memandangkan sejak meninggalkan kolej, mereka telah membawa haluan masing-masing.

“Jika tidak menganjurkan majlis seumpama ini, mungkin kita tidak mengenali antara satu sama lain sebab sudah lama terpisah.

“Alhamdulillah, mereka dapat dihubungi melalui kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh saya dan beberapa rakan lain,” katanya.

SEBAHAGIAN bekas pelajar yang hadir.

Beliau turut menekankan bahawa perjumpaan semula 50 tahun itu bukan sekadar angka, tetapi lambang persahabatan yang tidak pernah pudar.

“Kita datang ke sini bukan untuk mengira umur, tetapi untuk meraikan kawan-kawan yang masih bersama kita,” katanya.

Beliau turut memperkenalkan ahli jawatankuasa penganjur acara tersebut, dan majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar bagi mengukuhkan lagi kenangan 50 tahun mereka yang tidak ternilai.

SESI pendaftaran sebelum majlis bermula.

Satu segmen khas juga diadakan sebagai tanda ingatan dan penghormatan untuk mengenang rakan-rakan yang telah meninggal dunia serta tidak dapat hadir.

Acara kemudian dipenuhi cerita-cerita lama bekas pelajar dan dimeriahkan dengan cabutan bertuah dengan hadiah utama pakej percutian empat hari tiga malam ke Pulau Pinang untuk dua orang yang ditaja oleh salah seorang bekas pelajar kolej berkenaan.

SEGMEN khas diadakan sebagai tanda ingatan dan penghormatan untuk mengenang rakan-rakan yang telah meninggal dunia serta tidak dapat hadir.

Majlis berkenaan diadakan buat kali kedua selepas 2024 itu berjaya mempertemukan lebih 80 bekas pelajar kolej yang bukan sahaja datang dari Kuching, malah Sibu, Miri, Bintulu dan juga Kuala Lumpur.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu diugut ceti haram akan diculik, dipaksa jadi pelacur di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.