Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas pekerja Syarikat Pengurusan Unit Amanah mengaku tidak bersalah seleweng duit pelanggan RM263,296.12
  • MAHKAMAH

Bekas pekerja Syarikat Pengurusan Unit Amanah mengaku tidak bersalah seleweng duit pelanggan RM263,296.12

Utusan Sarawak 4 months ago
MENGAKU TIDAK BERSALAH… Alina (bertopi) di luar Mahkamah Sesyen setelah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan. Turut kelihatan peguam bela tertuduh, Yap (dua kanan).

SIBU: Seorang bekas pekerja syarikat pengurusan unit amanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang pelaburan pelanggan sebanyak RM263,296.12.

Tertuduh, Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Musyiri Peet.

Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan 24 Febuari ini sebagai tarikh pengurusan kes dan tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin.

Berdasarkan pertuduhan, Alina dituduh melakukan pecah amanah di sebuah syarikat unit amanah di sini antara 2020 hingga Mac 2024, membabitkan wang pelaburan milik pelanggan sebanyak RM263,296.12.  

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebatan dan juga denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Amirul Hakim Mohamad Zamri sementara tertuduh diwakili peguam Yap Hoi Liong. 

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara, didenda RM500 miliki rokok, minuman keras diperoleh secara haram
Next: Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.