Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • JENAYAH

Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM

Utusan Sarawak 1 day ago
KENDERAAN yang dinaiki bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3.10 petang tadi. Beliau dipercayai hadir bagi membantu siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

Beliau dilihat tiba pada 3.10 petang dengan diiringi beberapa individu ketika memasuki bangunan ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Pada 23 Disember lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.- Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM gagalkan usaha larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan perolehan Tentera Darat
Next: Enam individu dicekup polis dalam operasi dadah di Jalan Lawas–Damit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.