Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri ditahan SPRM
  • JENAYAH

Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri ditahan SPRM

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan

PUTRAJAYA: Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dua isterinya merupakan antara lima individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

Lelaki itu bersama dengan isteri-isterinya, ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini sekitar 7.00 malam ini, manakala sepasang suami isteri lain, turut ditahan berhubung siasatan kes berkenaan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan kesemua mereka bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

“Esok, SPRM dijangka memohon reman bekas panglima dan dua isterinya. Pasangan suami isteri yang ditahan itu pula telah direman tujuh hari,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Panglima Tentera Darat telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Januari.

Pada 23 Disember, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka, serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Enam individu dicekup polis dalam operasi dadah di Jalan Lawas–Damit
Next: Terjerat cinta palsu, wanita awal 40-an rugi RM270,800

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.