Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BEKAS KUARI ‘BERTUKAR WAJAH’
  • TEMPATAN

BEKAS KUARI ‘BERTUKAR WAJAH’

Utusan Sarawak 4 years ago
RASMI… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Dewan Sukan/Komuniti berserta Hub Inovatif di bekas kuari Ang Cheng Ho, Batu Kawah, di Kuching semalam.

KUCHING: Bekas kuari Ang Cheng Ho di Batu Kawah akan dibangunkan untuk menjadi kawasan rekreasi, komuniti dan pusat inovatif bagi manfaat rakyat di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata,ini memandangkan kuari tersebut tidak lagi diusahakan dan membangunkannya semula merupakan suatu idea yang baik.

“Tambahan RM5 juta telah diluluskan,ini menjadikan RM15 juta untuk mengubah sebahagian daripada kawasan kuari Ang Cheng Ho yang terbengkalai untuk projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Rakyat Dewan Sukan/Komuniti berserta Hub Inovatif di sini, semalam.

Pembiayaan awal untuk projek rakyat bernilai RM10 juta ini tidak mencukupi dan Dr. Sim Kui Hian telah memohon RM5 juta lagi untuk Batu Kawah.

“Tidak ada masalah, Kerajaan Negeri akan memberikan tambahan RM5 juta,” ujarnya.

Ketua Menteri memberitahu,kuari ini bersejarah kerana telah menghasilkan batu untuk pembinaan jalan dan projek lain sejak zaman penjajahan hingga kemerdekaan tetapi telah mencapai had pengekstrakan dan tidak dapat digali lagi atau jika tidak,ia akan memberi kesan kepada ekosistem dan landskap di Batu Kawah.

“Oleh itu, Dr. Sim mencadangkan ia digunakan untuk pembangunan untuk meningkatkan dan memodenkan Batu Kawah dan Kuching secara keseluruhan,”katanya.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian mendedahkan bahawa anggaran untuk projek rakyat tidak mencukupi kerana tidak mempertimbangkan kos pengambilan tanah, jalan masuk dan kenaikan kos lain berjumlah RM5 juta.

Jelasnya lagi , kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu melaksanakan pelbagai projek di kawasan Batu Kawah kerana sokongan kuat rakyat terhadap kerajaan GPS pimpinan beliau.

Projek ini akan mempunyai sebuah dewan dengan kapasiti 1,000 orang, kemudahan sukan dan kawasan pejabat berbentuk pusat inovasi untuk pembangunan usahawan dalam kalangan belia setempat.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: JBPM pantau tanah runtuh di Rumah Ukam Mambang
Next: Projek jambatan bakal siap 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.