Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas ketua hakim negara dilantik perdana menteri baharu Nepal
  • GLOBAL

Bekas ketua hakim negara dilantik perdana menteri baharu Nepal

Utusan Sarawak 10 hours ago

Sushila Karki, 73, dilantik sebagai perdana menteri interim pada Jumaat oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda. Foto AFP

NEW DELHI: Seorang bekas ketua hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai perdana menteri baharu Nepal ketika negara berpenduduk 30 juta itu berusaha kembali normal selepas berhari-hari dilanda tunjuk perasaan antikerajaan yang bertukar ganas.

Sushila Karki, 73, dilantik sebagai perdana menteri interim pada Jumaat oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.

Pada 2016, Karki mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ketua hakim negara dalam sejarah Nepal.

Ibu negara Kathmandu menyaksikan kebakaran besar dan vandalisme sejak beberapa hari lalu apabila tunjuk perasaan bertukar ganas pada Isnin, dengan kira-kira 20 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

Khadga Prasad Sharma Oli meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Selasa susulan keganasan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indonesia lancar satelit Nusantara Lima untuk luaskan akses digital
Next: Suspek pembunuhan Charlie Kirk ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.