
LOS ANGELES: Ace Frehley, gitaris asal dan pengasas kumpulan rock terkenal KISS, meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Menurut wakil keluarga, beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh.
Frehley dikenali menerusi penampilannya yang ikonik dan gaya permainan gitar yang mengukir sejarah bersama KISS sejak penubuhannya pada 1973. Antara lagu popular kumpulan itu ialah “I Was Made for Lovin’ You” dan “God of Thunder.”
Beliau meninggalkan KISS pada 1982 tetapi kembali pada 1990-an selama enam tahun, selain membina kerjaya solo dengan kumpulan Frehley’s Comet.
Keluarga menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar, manakala rakan kumpulan Gene Simmons menyifatkannya sebagai legenda yang tiada pengganti.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Jeanette, dan anak perempuan, Monique. – AFP