Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas doktor terima hukuman berhubung kematian bintang “Friends”
  • GLOBAL

Bekas doktor terima hukuman berhubung kematian bintang “Friends”

Utusan Sarawak 4 hours ago
BEKAS doktor dihukum tahanan rumah lapan bulan selepas mengaku bersalah membekalkan ketamin kepada mendiang bintang Friends, Matthew Perry, yang meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.

LOS ANGELES: Seorang bekas doktor yang didakwa berhubung kematian bintang “Friends”, Matthew Perry akibat pengambilan dadah secara berlebihan dijatuhi hukuman lapan bulan tahanan rumah pada Selasa, lapor Xinhua.

Mark Chavez, seorang daripada dua bekas doktor dan antara lima individu yang mengaku bersalah kerana membekalkan dadah kepada pelakon itu, turut diperintahkan oleh Hakim Sherilyn Peace Garnett di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Tengah California untuk melaksanakan 300 jam khidmat masyarakat.

Perry, seorang pelakon Hollywood yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy dan terkenal menerusi watak Chandler Bing dalam siri drama televisyen AS “Friends”, ditemukan meninggal dunia pada usia 54 tahun di kediamannya di Los Angeles pada 28 Oktober 2023.

Secara keseluruhan, lima defendan telah didakwa berkaitan kematian Perry, yang meninggal dunia akibat pengambilan ketamin secara berlebihan.

Dalam perjanjian pengakuan bersalahnya, Chavez mengakui bahawa beliau dan Salvador Plasencia, seorang lagi bekas doktor yang dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun awal bulan ini, telah berpakat untuk memperdaya pembekal ketamin perubatan dan mengedarkan dadah itu secara haram kepada Perry bagi tujuan keuntungan, lapor Los Angeles Times pada Selasa. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lebih 120 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Delhi, akibat jarak penglihatan terhad
Next: Disember gelap di Stockholm: Hanya setengah jam cahaya matahari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.