Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bekas CEO direman bantu siasatan kes rasuah
  • NASIONAL

Bekas CEO direman bantu siasatan kes rasuah

Utusan Sarawak 5 years ago

JOHOR BAHRU, 6 Ogos -- Bekas timbalan pengurus besar di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Noor Hisyam Mohd Abdullah Hashim, 46, (kiri) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda RM766,000 di Mahkamah Sesyen hari ini, selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menerima suapan, empat tahun lepas. Bagaimanapun, Hakim Kamarudin memerintahkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap kesalahan itu dijalankan secara serentak. Tertuduh juga berdepan dengan penjara dua tahun lapan bulan lagi sekiranya gagal membayar keseluruhan denda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS timbalan pengurus besar di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Noor Hisyam Mohd Abdullah Hashim, 46, (kiri) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda RM766,000 di Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menerima suapan empat tahun lepas. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat direman tiga hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berjumlah US$2.5 juta (RM10.47 juta) berkaitan pembelian tablet.

Menurut sumber SPRM,   lelaki berumur   48 tahun itu disyaki menerima suapan tersebut daripada sebuah syarikat luar negara sebagai balasan untuk pembelian 10,000 tablet berjumlah US$5.8 juta (RM24.3 juta) antara 2014 sehingga 2018, yang dibuat secara sulit tanpa persetujuan Ahli Lembaga Pengarah syarikat.  

Menurut sumber SPRM, wang suapan yang diterima dipercayai disorokkan suspek di luar negara seperti Singapura dan Hong Kong.

Suspek ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 4.30 petang Selasa lepas selepas hadir memberi keterangan dan penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Suspek yang mengenakan baju jingga SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 9.35 pagi semalam dan perintah reman sehingga 8 Ogos  dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: 5,355 individu pulang ke tanah air
Next: Mahkamah benar Muhyiddin batalkan saman Mahathir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.