Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bekas bintang Arsenal dipenjara empat tahun
  • SUKAN

Bekas bintang Arsenal dipenjara empat tahun

Utusan Sarawak 20 hours ago

Emmanuel-Thomas dijatuhkan penjara empat tahun kerana kesalahan menyeludup dadah. -Foto AFP

LONDON: Bekas pemain Arsenal, Jay Emmanuel-Thomas dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas penglibatannya dalam komplot penyeludupan dadah bernilai £600,000 (RM3.8 juta), semalam.

Pemain berusia 34 tahun itu ditahan pada September tahun lalu selepas pihak berkuasa merampas kira-kira 60 kilogram (km) ganja yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Stansted, London oleh dua wanita yang direkrutnya, teman wanitanya dan rakan wanita itu melalui penerbangan dari ibu kota Thailand, Bangkok menerusi Dubai.

Perbicaraan sebelum ini dimaklumkan bahawa kedua-dua wanita berkenaan yang kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan menyangka mereka mengimport emas.

Emmanuel-Thomas, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyeludup dadah dalam satu pendengaran terdahulu, disingkirkan oleh kelab Scotland, Greenock Morton selepas penahanannya.

Peguamnya mengakui bahawa bapa kepada dua anak itu melakukan “kesilapan besar dalam membuat pertimbangan” selepas berdepan masalah kewangan yang serius.

Emmanuel-Thomas adalah graduan akademi Arsenal yang cukup berbakat, pernah membuat lima penampilan bersama skuad utama The Gunners sebelum meninggalkan kelab utara London itu pada tahun 2011.

Pemain kelahiran England itu kemudiannya beraksi bersama beberapa kelab lain seperti Ipswich, Bristol City, QPR dan Aberdeen, termasuk kelab Thailand, PTT Rayong.

Hakim Alexander Mills ketika menjatuhkan hukuman penjara empat tahun berkata: “Disebabkan tindakan anda sendiri, anda kini tidak lagi dikenali sebagai pemain bola sepak profesional.

“Anda kini dikenali sebagai seorang penjenayah. Seorang pemain profesional yang mensia-siakan segalanya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Skuasy: Sivasangari kandas di suku akhir British Open
Next: Aksi sulung kendalian Ancelotti, Brazil hanya seri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.