Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bekalan pasport biru dijangka pulih, tampil dengan ciri keselamatan baharu
  • TEMPATAN

Bekalan pasport biru dijangka pulih, tampil dengan ciri keselamatan baharu

Utusan Sarawak 9 hours ago
KAMPUNG KOMUNITI… Santhiran Dr Rahman (berdiri empat dari kiri), Hasbi, Paulus dan tetamu lain bersama penerima Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI pada Perasmian Karnival Mini MOT, Jom Gagar Limbang 2026.

LIMBANG: Masalah kekurangan stok bekalan pasport berwarna biru dijangka kembali pulih apabila dokumen penting itu akan dikeluarkan dengan ciri keselamatan baharu mulai Julai ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini.

“Semalam saya telah berbincang dengan Setiausaha KDN bahawa bekalan pasport biru akan ditambah dalam tempoh dua minggu ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Imigresen Sarawak kepada saya.

“Sekarang ini, pengeluaran pasport merah yang baharu juga mempunyai ciri keselamatan baharu.

“Menurut Pengarah Imigresen Sarawak, beliau sedang berusaha membawa kira-kira 1,000 naskhah buku pasport ke Sarawak. Minggu ini bekalan itu dijangka dibawa pulang untuk diagihkan ke kawasan utara iaitu Limbang, Lawas dan Miri, selain sebahagian di Kuching sebagai permulaan sementara menunggu cetakan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Mini Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Jom Gagar Limbang 2026 di Dataran Tebingan Sungai Limbang, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOT, Dato Normah Osman, serta tetamu lain.

Mengulas mengenai projek pembesaran landasan Lapangan Terbang Limbang, Ahli Parlimen Limbang itu berkata kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pelanjutan landasan sepanjang 290 meter yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Projek ini sedang berjalan lancar. Insya-Allah, akan ada fasa kedua yang masih dalam perbincangan.

“Kemungkinan landasan akan dipanjangkan lagi melebihi 290 meter, namun ia perlu diperincikan kerana akan melibatkan perubahan kategori lapangan terbang ini.

“Jika landasan dipanjangkan sehingga 2,400 meter seperti yang dihasratkan, ia akan membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat di Limbang,” katanya.

Menurut Hasbi, projek berkenaan merupakan antara aspirasi Premier Sarawak yang disuarakan ketika lawatan beliau ke Limbang sempena program Sarawakku Sayang baru-baru ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bandar pintar Sarawak mesti seiring agenda rendah karbon, tadbir urus digital 
Next: Laporan polis dibuat berhubung hantaran fitnah terhadap Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.