Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekalan minyak, diesel kini lebih teratur susulan langkah proaktif kerajaan – PM Anwar
  • SEMASA

Bekalan minyak, diesel kini lebih teratur susulan langkah proaktif kerajaan – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina, hari ini. Foto Bernama

CEBU, Filipina: Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah seperti pengurangan penggunaan petrol RON95, penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel serta usaha mengimport bekalan minyak, juga terbukti membantu dalam memperkukuh jaminan bekalan negara.

“Oleh itu dari segi bekalan (ini) tidak begitu meresap (terjejas) sepertimana yang dialami pada dua bulan lepas,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status bekalan minyak negara yang sebelum ini dilaporkan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat – Kedutaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.