Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan elektrik terjejas, ADUN Tanjong Batu anjur sesi dialog khas
  • Utara
  • WILAYAH

Bekalan elektrik terjejas, ADUN Tanjong Batu anjur sesi dialog khas

Utusan Sarawak 1 day ago
JOHNNY Pang mengadakan perbincangan dengan wakil SEB, SHEDA Bintulu dan penduduk tempatan semasa sesi dialog mengenai isu bekalan elektrik yang diadakan di pusat khidmat beliau di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Isu bekalan elektrik yang berlarutan dan menjejaskan pemaju serta penduduk tempatan di Bintulu telah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, menganjurkan satu sesi dialog khas di pusat khidmat beliau baru-baru ini.

Sesi itu menghimpunkan wakil daripada Sarawak Energy Berhad (SEB), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) cawangan Bintulu serta pengadu tempatan bagi merungkai masalah yang timbul melalui komunikasi terbuka dan berkesan.

Johnny Pang berkata, beliau menerima banyak aduan berkaitan isu bekalan elektrik sejak kebelakangan ini dan hasil siasatan mendapati ramai pemaju juga menghadapi cabaran sama.

“Daripada apa yang saya kumpulkan, semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Namun, masalah sering timbul atau berlarutan akibat komunikasi yang tidak berkesan atau salah faham, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati dan kekecewaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pendekatan terbaik menyelesaikan isu adalah melalui perbincangan yang telus dan persefahaman bersama.

“Kita mesti kenal pasti punca sebenar dahulu melalui dialog terbuka. 

“Bila kita sudah saling memahami, barulah penyelesaian yang praktikal boleh dicapai,” ujarnya.

Johnny Pang menegaskan, beliau bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mahu menjadi pendengar kepada semua pandangan secara adil.

“Kalau kita tidak membincangkan isu-isu ini secara jujur, maka ia tidak akan pernah selesai,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus menganjurkan sesi dialog seumpama itu dari semasa ke semasa agar semua pihak kekal dimaklumkan mengenai perkembangan semasa dan perubahan dasar yang berkaitan.

Selain itu, beliau juga berpuas hati apabila sesi tersebut berjaya mencapai kefahaman bersama dan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh peserta.

Turut hadir Pengurus Wilayah SEB Bintulu, Hung Sing Ye, Pengurus Khidmat Pelanggan, Vicky Ling, Jurutera Khidmat Pelanggan, Aliza, Pengerusi SHEDA Bintulu, Noel Yek serta beberapa ahli jawatankuasa lain.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SFC anjur program kesedaran biologi di Bario
Next: Kabong bakal terima 17 projek di bawah BDDA bernilai RM19.140 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.