Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih perlu kajian teknikal – TPM Fadillah
  • SEMASA

Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih perlu kajian teknikal – TPM Fadillah

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kiri) bersama para penerima sumbangan pada Program Ceria ke Sekolah TNB Edisi P194 Petra Jaya, hari ini. Foto Bernama

PETRA JAYA: Cadangan pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang akan diuruskan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) masih berada pada peringkat dasar dan teknikal, termasuk pelaksanaan kajian serta survei yang melibatkan Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata walaupun cadangan itu telah mendapat kelulusan secara prinsip, pelaksanaannya masih memerlukan kajian teknikal terperinci sebelum kajian kebolehlaksanaan dapat dijalankan.

“Buat masa ini, ia masih di peringkat dasar. Kelulusan secara prinsip sudah ada, namun kajian teknikal perlu dilaksanakan terlebih dahulu, termasuk survei yang melibatkan Indonesia bagi memaklumkan negara berkenaan.

“Kajian kebolehlaksanaan ini diharapkan dapat dijalankan pada tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ceria Ke Sekolah TNB Edisi P194 di sini, hari ini.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima pada Program Ceria ke Sekolah TNB Edisi P194 Petra Jaya, hari ini. Foto Bernama

Fadillah berkata projek pembekalan tenaga itu dijangka melibatkan beberapa pihak utama termasuk TNB, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Mengulas mengenai penetapan tarif, Fadillah berkata perkara itu masih belum dapat diputuskan kerana ia bergantung kepada hasil kajian terperinci bagi menentukan kos keseluruhan projek serta rundingan TNB dan SEB.

Sebelum ini, media melaporkan Sarawak telah bersetuju secara prinsip untuk membekalkan masing-masing 1,000 megawatt (MW) tenaga hijau kepada Singapura dan Semenanjung, sekali gus menandakan era baharu dalam kerjasama tenaga rentas sempadan melibatkan projek di bawah inisiatif Grid Kuasa ASEAN.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 250 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Petra Jaya menerima sumbangan kelengkapan persekolahan asas dalam program anjuran TNB berkenaan.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SESCO nasihat pelanggan kemas kini maklumat akaun, patuhi e-Invois mulai 1 Januari depan
Next: Sarawak antara negeri terjejas amaran hujan berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.