Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Bekalan darah Hospital Sibu kritikal, penderma O positif diperlukan
  • KESIHATAN

Bekalan darah Hospital Sibu kritikal, penderma O positif diperlukan

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDERMA darah O positif diperlukan bagi menampung keperluan bekalan darah yang semakin kritikal ketika ini. Foto Bank Darah Hospital Sibu

SIBU: Bank Darah Hospital Sibu merayu penderma darah, khususnya pemilik kumpulan darah O positif, supaya tampil segera bagi menampung keperluan bekalan darah yang semakin kritikal ketika ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di platform rasmi Bank Darah Hospital Sibu, permintaan darah dilaporkan meningkat sejak awal tahun 2026 susulan beberapa kes pesakit yang rumit dan memerlukan penggunaan plasma secara berterusan dalam kuantiti besar.

“Ketika ini, penggunaan plasma mencecah lebih 15 beg sehari dan dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penderma darah O positif digesa hadir ke mana-mana kempen derma darah berhampiran atau terus ke Tabung Darah Hospital Sibu bagi membantu menstabilkan bekalan darah.

Pihak hospital turut mengharapkan sokongan masyarakat setempat agar pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dapat terus menerima bekalan darah mencukupi dalam usaha mereka melawan penyakit.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Watt Zacchaeus kongsi mesej ‘sihat itu murah, sakit itu mahal’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.