Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan darah A positif di Hospital Bintulu kritikal, penderma diperlukan segera
  • Utara
  • WILAYAH

Bekalan darah A positif di Hospital Bintulu kritikal, penderma diperlukan segera

Utusan Sarawak 5 hours ago
ORANG ramai digesa tampil menderma darah jenis A positif bagi membantu menampung kekurangan bekalan di Tabung Darah Hospital Bintulu ketika ini.

BINTULU: Hospital Bintulu kini berdepan kekurangan bekalan darah bagi kumpulan A dan memerlukan penderma tampil segera bagi memastikan keperluan pesakit terus dipenuhi.

Menurut kenyataan Jabatan Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Bintulu, bekalan darah jenis A ketika ini berada pada tahap membimbangkan dan memerlukan sokongan segera daripada orang ramai.

“Kami menggesa individu yang mempunyai darah jenis A agar tampil menderma bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit,” katanya.

Orang ramai yang layak dan telah cukup tempoh derma disarankan hadir ke Tabung Darah Hospital Bintulu atau menyertai mana-mana kempen derma darah bergerak di sekitar Bintulu.

Pihak hospital turut menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan makluman tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan yang berkelayakan.

“Sokongan anda amat kami perlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa,” ujar kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Komitmen Ramadan pelajar Politeknik Mukah dihargai menerusi sumbangan khas
Next: Kaunselor Eric Tay edar kurma kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.