Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan air terjejas di Taman Duranda Emas
  • Selatan
  • WILAYAH

Bekalan air terjejas di Taman Duranda Emas

Utusan Sarawak 2 days ago
BEKALAN air terjejas di Taman Duranda Emas.

SIBURAN: Penduduk di Lorong 8, Taman Duranda Emas, Siburan dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan air berjadual pada 31 Julai 2025, bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan sementara ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan paip bagi projek penukaran paip di kawasan berkenaan.

JBALB menasihatkan semua pengguna yang terlibat agar menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan berlangsung. Pihak jabatan juga memberi jaminan bahawa usaha akan dilakukan untuk memastikan kerja-kerja selesai dengan segera dan bekalan air dipulihkan secara berperingkat.

Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman web rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jerebu, kabus tebal jejas penglihatan di Bekenu seawal 7.30 pagi
Next: Ular sawa ditemui di bilik air restoran di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.