
LAWAS: Penduduk di seluruh bandar Lawas berdepan gangguan bekalan air bersih bermula 8.30 pagi ini.
Menurut kenyataan media Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Limbang, gangguan tersebut berpunca daripada kerja-kerja membaik pulih paip pecah bersaiz 300 mm di Jalan Gelugus.
Sehubungan itu, bekalan air akan ditutup sepanjang tempoh tersebut.
Bagi sebarang maklumat berhubung masalah bekalan air di Lawas, pengguna boleh menghubungi Pejabat JBALB Bahagian Limbang di talian 0102952523 atau JBALB LIMBANG ditalian 085283612 dan untuk mesej pesanan ringkas ditalian 0167455043
Oleh Adeng Edrus