Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bekalan air di Taman Kedamaian Jalan Astana pulih secara berperingkat  
  • Tengah
  • WILAYAH

Bekalan air di Taman Kedamaian Jalan Astana pulih secara berperingkat  

Utusan Sarawak 12 hours ago
KERJA-KERJA baik pulih paip di kawasan Taman Kedamaian, Jalan Astana telah berjaya disiapkan oleh kontraktor yang dilantik pihak JKR. Foto: JBALB Sri Aman

SRI AMAN: Kerja-kerja baik pulih paip di kawasan Taman Kedamaian, Jalan Astana telah berjaya disiapkan oleh kontraktor yang dilantik pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman.

Dalam kenyataan itu, pihak JBALB memaklumkan bahawa bekalan air telah dibuka semula, namun pemulihan sepenuhnya akan berlaku secara berperingkat, terutamanya bagi kawasan yang berada di kedudukan titik akhir.

Pihak JBALB turut menekankan bahawa proses pembilasan telah dilakukan untuk mengurangkan impak air keruh yang mungkin disalurkan kepada pengguna.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada para pengguna dan menghargai kesabaran semua pihak,” jelas kenyataan itu.

Segala perkembangan terkini akan diumumkan secara berkala melalui platform media sosial Facebook JBALB Sarawak dan Facebook Rakan JBALB Bahagian Sri Aman.

Para pengguna yang ingin membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211.

JBALB menegaskan komitmen mereka untuk memastikan bekalan air kepada penduduk sentiasa stabil dan berkualiti.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek asrama baharu SK Saint John diperkemas, utamakan keselesaan murid
Next: DBKU tinjau sistem lurang, kurangkan risiko banjir di Kuching Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.