Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bekal tenaga elektrik ke Sabah selepas projek grid di utara Sarawak siap – Julaihi
  • BISNES

Bekal tenaga elektrik ke Sabah selepas projek grid di utara Sarawak siap – Julaihi

Utusan Sarawak 1 month ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
Datuk Seri Julaihi Narawi

KOTA KINABALU: Sarawak optimis rancangan untuk membekalkan 30 megawatt tenaga elektrik ke Sabah dapat direalisasikan selepas projek Northern Grid Extension di utara negeri berkenaan siap kelak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata berdasarkan kemajuan terkini, projek grid itu sudah di peringkat akhir untuk disiapkan, sekali gus meletakkan sasaran siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

“Kita telah menandatangani program pertukaran kuasa dengan Sabah. Pada asalnya, kita bersetuju untuk membekalkan 30 megawatt (tenaga elektrik) kepada Sabah tertakluk kepada siapnya grid di bahagian utara Sarawak.

“Apabila siap nanti, insya-Allah, kita boleh membekalkan 30 megawatt atau kita boleh tingkatkan kepada 50 megawatt atau 80 megawatt bergantung kepada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Suruhanjaya Tenaga Sabah dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bagi mewujudkan penyeragaman dalam kawal selia peralatan elektrik serta kelengkapan gas di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Julaihi berkata Sarawak akan menyiapkan projek Borneo Grid terlebih dahulu sebelum mengambil langkah membekalkan tenaga elektrik ke Filipina, seperti disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Julaihi, berkata ia adalah rancangan jangka panjang dan memerlukan kajian kebolehlaksanaan dijalankan.

Beliau, berkata Sarawak berhasrat menjadi hab tenaga bukan sahaja untuk kepulauan Borneo tetapi juga Malaysia dan rantau Asia Tenggara pada masa depan.

Pada 17 Februari lepas, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata Anwar meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Agrobank, PPNS meterai MoU untuk sokongan kewangan kepada petani
Next: Bursa Malaysia meningkat susulan harapan terhadap hubungan baik AS-China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.