Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh – AGC
  • JENAYAH

Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh – AGC

Utusan Sarawak 3 hours ago
JABATAN Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat berdasarkan keterangan yang ada.

“Keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

AGC menegaskan bahawa tindakan menuduh suspek juga tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan PDRM, termasuk prosiding inkues di mahkamah.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kes kematian Zara Qairina yang melibatkan tiga elemen iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual telah diserahkan kepada AGC selepas polis selesai mengambil keterangan daripada 195 saksi.

Sementara itu, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah hari ini menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat kematian Zara Qairina.

Koroner Azreena Aziz turut menetapkan 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September depan untuk pendengaran inkues berkenaan.

Pada 12 Ogos, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung kes tersebut.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes Zara Qairina: Siasatan tumpu elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual
Next: PGA Sarawak Brigade seizes RM4.85 million worth of contraband in statewide operations

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.