Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa sekolah di Sarikei terima bantuan pakaian seragam sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa sekolah di Sarikei terima bantuan pakaian seragam sekolah

Utusan Sarawak 4 months ago

TERIMA KASIH… Wakil kepada Tiong Sii menyerahkan bantuan pakaian seragam kepada murid-murid SJKC Kiew Mang, semalam. 
 

SARIKEI: Sebanyak 12 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah menerima bantuan pakaian seragam sekolah dari Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii di sini, semalam.

Antara sekolah terlibat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Kwong, SJKC Chung Hien, SJKC Kiew Mang, SJKC Kai Chung, Sekolah Kebangsaan (SK) Udin, SK Balong, SK Sungai Paoh, SK Abang Haji Matahir, SK Agama Sarikei, SK Abang Amin, SK Bandar Bintangor, SK St Augustine, Sekolah Menengah Ming Lik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh dan SMK Kai Chung.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, bantuan tersebut diserahkan oleh wakil Tiong Sii.

“Beliau sangat mementingkan bidang pendidikan dan berusaha sedaya upaya membantu kebajikan para pelajar dan murid di Parlimen Sarikei.

“Bantuan pakaian seragam sekolah adalah bertujuan untuk membantu golongan pelajar dan murid dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk memastikan mereka mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi untuk ke sekolah.

“Setiap tahun, beliau menyumbangkan bantuan seperti pakaian seragam sekolah, beg dan kasut sekolah kepada yang kurang berkemampuan,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.

Katanya, menerusi sumbangan ini, ia membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah yang mungkin menghadapi kesukaran menyediakan pakaian seragam anak-anak mereka setiap tahun.

“Ia bertujuan menyokong pembangunan pendidikan di kawasannya dalam menjaga kebajikan penduduk setempat,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Sarikei pantau kawasan rendah berisiko banjir
Next: Belia digesa sertai SKUAD Antidadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.