Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beberapa lokasi dijadikan penempatan khas buaya di Sarawak
  • TEMPATAN

Beberapa lokasi dijadikan penempatan khas buaya di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
JELASKAN… Datuk Len Talif ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Sains dan Teknologi Semula Jadi (NaSTeC) 2025 di salah sebuah hotel, di Kuching hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengenal pasti beberapa kawasan untuk dijadikan penempatan khas buaya bagi mengawal populasi reptilia itu daripada terus menceroboh kawasan penempatan manusia, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Menurut beliau, antara lokasi yang dikenal pasti termasuk Kuching Wetland, Pulau Seduku di Sri Aman, Taman Negara Hutan Paya Bakau Rajang selain kawasan di Sibuti dan Limbang.

“Buaya yang dikeluarkan dari kawasan kampung, rumah panjang dan kawasan berpenduduk akan dipindahkan ke lokasi-lokasi ini, bukannya terus dibunuh.

“Buaya ini perlu dipindahkan kerana, kami tahu di beberapa kawasan, sungai adalah tempat rakyat mencari rezeki jadi.

“Jadi, antara kaedahnya adalah untuk memindahkan mereka di satu kawasan yang telah dikenalpasti ini.

“Kita faham buaya juga mempunyai peranan penting dalam menyeimbangkan ekosistem,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Sains dan Teknologi Semula Jadi (NaSTeC) 2025 di salah sebuah hotel, di sini hari ini.

Mengulas trend video tular buaya di kawasan perumahan, Len Talif menjelaskan kerajaan telah meluluskan Pelan Pengurusan Buaya Bersepadu Sarawak, yang menggariskan beberapa pendekatan termasuk kawalan pemburuan (culling), pemindahan, pemasangan papan tanda amaran, serta pengambilan telur buaya untuk mengawal populasi.

“Antara kaedah bagi mengawal populasi buaya ini adalah untuk mengambil telur mereka.

“Seekor buaya boleh menghasilkan antara 80 hingga 100 telur. Kita juga perlu guna kaedah kawalan semula jadi (nature-based solution), termasuk memanfaatkan biawak sebagai pemangsa telur. Malangnya, bila manusia bunuh biawak, telur buaya makin banyak menetas,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa lesen pemburuan buaya telah lama dikeluarkan untuk tujuan komersialisasi daging dan kulit, namun kebanyakan pemegang permit tidak aktif melaksanakan operasi.

“Permit memang ada, tetapi hanya satu dua syarikat sahaja yang benar-benar aktif. Kebanyakannya hanya bertindak bila ada aduan serangan atau gangguan buaya,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan negeri tidak menghalang aktiviti ‘culling’, tetapi ia mesti dijalankan secara terkawal agar tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem.

“Buaya memainkan peranan dalam rantaian semula jadi. Jika kita hapuskan sepenuhnya, ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam ekosistem sungai kita,” katanya.

Julai lalu, Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) mengeluarkan kenyataan bahawa, berdasarkan pemantauan dan tinjauan habitat yang dijalankan secara berterusan, populasi buaya di seluruh Sarawak kini dianggarkan mencecah sekitar 25,000 ekor.

“Taburan buaya yang meluas di lebih 4,500 kilometer sistem sungai melibatkan 40 lembangan utama di seluruh negeri merupakan cabaran besar, terutama dalam memastikan keselamatan masyarakat yang tinggal dan menjalankan aktiviti berhampiran sungai,” menurut kenyataan agensi itu Julai lepas.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sarawak terokai teknologi blok rantai bina ekosistem digital kukuh
Next: Sarawak di peta global melalui Sarawak Delta Geopark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.