Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beberapa kumpulan di Indonesia sambut Aidilfitri hari ini
  • GLOBAL

Beberapa kumpulan di Indonesia sambut Aidilfitri hari ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
JEMAAH solat sunat Aidilfitri dalam kawasan Universiti Muhammadiyah di Banda Aceh, harI ini. Foto AFP

JAKARTA: Beberapa kumpulan Islam di Indonesia telah menyambut Aidilfitri lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan kerajaan, dengan sambutan berlangsung di seluruh negara pada hari ini.

Di Kalimantan Tengah, ahli Muhammadiyah menunaikan solat Aidilfitri di 56 lokasi di beberapa daerah dan bandar di wilayah itu, menurut Agensi Berita ANTARA.

Pengerusi Muhammadiyah Kalimantan Tengah, Ahmad Syar’i berkata, organisasi itu telah mula melaksanakan Kalendar Hijriah Global (KHGT), yang diperkenalkan pada Jun 2025, bertujuan menyatukan kalendar Islam di seluruh dunia.

“Ini bermakna hari dan tarikh adalah sama, perbezaannya hanyalah waktu, sama seperti kalendar masihi.

“Langkah ini didahului dengan melakukan ijtihad, penyelidikan, kajian dan pemeriksaan mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran serta hadis yang dikaitkan dengan fenomena astronomi,” katanya semasa khutbah Aidilfitri di Kampus II Universitas Muhammadiyah Palangka Raya (UMPR).

Solat sunat Aidilfitri di seluruh wilayah itu turut dilakukan di kawasan termasuk Palangka Raya, Pulang Pisau, Barito Timur dan Barito Selatan, antara lain.

Sementara itu, di Gorontalo, sebuah wilayah yang terletak di bahagian utara pulau Sulawesi di timur Indonesia, sebilangan umat Islam turut menyambut Aidilfitri pada Jumaat dengan menunaikan solat di masjid.

Ahli Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Gorontalo Utara, Fitri Yusup Husain berkata, sambutan lebih awal itu bukan tentang menentukan siapa yang betul, tetapi mengenai ketaatan.

“Sama ada solat hari ini atau esok, intipatinya kita tetap satu sebagai sebuah komuniti,” katanya sambil menambah bahawa keputusan untuk menyambut pada 20 Mac adalah berdasarkan keyakinan peribadi.

Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya Ramadan, juga mula disambut oleh ribuan pengikut tarekat Islam Syattariyah di Daerah Nagan Raja, Aceh pada 19 Mac, yang menentukan tarikh tersebut menggunakan sistem pengiraan tradisional yang dikenali sebagai “Hisab Bilangan Lima”.

Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Islam paling ramai di dunia, telah menetapkan secara rasmi 21 Mac sebagai hari pertama Hari Raya Aidilfitri berdasarkan pengiraan astronomi (hisab) dan pencerapan anak bulan secara fizikal (rukyah). – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Sabtu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.